Harimau Malaya Bahan Blue Tgers, Ke Final Pestabola
Malaysia melangkah ke final Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan pasukan ranking ke-102 dunia, India 4-2 dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Harimau Malaya yang menghuni ranking 134 dunia membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh hasil percubaan Dion Cools ketika situasi kelam kabut di dalam kotak pinalti India selepas sepakan sudut dilakukan Endrick Dos Santos.
keduudkan itu bagaimanapun berthan hanya enam manit apabila India menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat Naorem Mahesh Singh yang tidak berjaya diselamatkan penjaga gol harimau Malaya, AhmadSyihan Hazmi Mohamed.
ketika aksi babak pertama berbaki tiga minit, Faisal Halim meletakknan Harimau Malaya dalam kedudukan lebih selesa dengan dia bijak membuat larian sebelum melepaskan tembatan untuk menewaskan penjaga gol India, Gurpreet Sigh buatkali ketiga.
Aksi terus sengit dengan India berjaya merapatkan kedudukan, enam minit selepas bersambung babak kedua menerusi jaringan kapten mereka, Sunil Chinetri.
situasi sedikit tegang pada minit ke-56 apabila beberapa pemainINndia menyerbu penjaga garisan selepas mereka mendakwa percubaan Lallianzuala Chhangete sudah nekeoasi garisan gol, namun bantahan itu tidak mengubah keputusan pengadilan.
Lebih malang buat skuad The Blue TIgers itu apabila pintu gol mereka bocor lagi pada minit ke-61 dan kali ini menerusi pemain pertahanan, La`vere Corbin Ong yang menyudahkan umpanan Faisal, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya skuad kendlian Kim Pan Gom.
Harimau Malaya akan mengharungi aksi final, selasa ini berdepanTajikistan yang mendapat `bye` bagi perlawanan pertama susuan penarikan diri palestin pada saat akhir.
Post a Comment for "Harimau Malaya Bahan Blue Tgers, Ke Final Pestabola"